Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur’an:
(1)Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur’an: Menurut Al-Qur’an; Firman Allah S.W.T.: أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوةَ واركَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ Bermaksud: “Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`” (Al-Baqarah 2 : 43) Maksud ruku` bersama orang-orang yang ruku` ialah tuntutan supaya solat fardhu di lakukan secara berjama`ah. FirmanNya lagi: وَإذَا كُنْتَ فِيْهِمْ فَأقَمْتَ لَهُم الصَّـلاَة Bermaksud: “Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat …” (Al-Nisa’ 4 : 102) Pengajaran dari ayat-ayat di atas ialah bahawa jika solat dalam masa perang dituntut berjama`ah, maka tuntutan dalam suasana damai lebih aula (lebih kuat tuntutannya). (Al-Zuhailiyy Al-Feqh Al-Islamiyy Wa Adillatuh) FirmanNya lagi: إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخ...