Catatan

Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur’an:

Imej
(1)Tuntutan berjama`ah pada solat fardhu, thabit dengan dalil-dalil Al-Qur’an: Menurut Al-Qur’an; Firman Allah S.W.T.: أقِيْمُـوْا الصَـلوةَ وَءاتُوْا الزَكَـوةَ واركَعُـوْا مَعَ الرَّاكِعِـيْنَ Bermaksud: “Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat serta ruku`lah bersama orang-orang yang ruku`” (Al-Baqarah 2 : 43) Maksud ruku` bersama orang-orang yang ruku` ialah tuntutan supaya solat fardhu di lakukan secara berjama`ah. FirmanNya lagi: وَإذَا كُنْتَ فِيْهِمْ فَأقَمْتَ لَهُم الصَّـلاَة Bermaksud: “Dan jika engkau (hadir) bersama mereka, maka dirikanlah bersama mereka solat …” (Al-Nisa’ 4 : 102) Pengajaran dari ayat-ayat di atas ialah bahawa jika solat dalam masa perang dituntut berjama`ah, maka tuntutan dalam suasana damai lebih aula (lebih kuat tuntutannya). (Al-Zuhailiyy Al-Feqh Al-Islamiyy Wa Adillatuh) FirmanNya lagi: إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللّهِ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخ...

Sabda Rasulullah S.A.W Tentang Luruskan Dan Rapatkan Saf Ketika Solat

Imej
"Susah sangat ke nak rapatkan saf ketika solat berjemaah?" Pastinya persoalan ini selalu berlegar-legar di minda ketika bersedia untuk menunaikan solat secara berjemaah dan ternampak saf tepi dan depan anda renggang. Apatah lagi ketika bulan Ramadhan ini dimana solat Tarawih menjadi keutamaan umat Islam selepas solat Isyak, pastinya anda kerap kali berhadapan dengan situasi ini. Rasa hati macam nak tegur orang sebelah dan depan sebab masih ada ruang di antara jemaah dan juga orang belakang boleh mara ke depan. Tapi masalahnya, anda tak kenal orang sebelah. Kalau tegur, dia ingat kita nak tunjuk pandai. Nak tegur minta rapatkan saf tapi di sebelah anda orang yang lebih tua, dalam fikiran anda mestilah dia lebih tahu, dan jika ditegur, silap-silap kena marah. Lebih teruk lagi, ada yang terus terputus saf dengan membiarkan saf terlopong tanpa dipenuhi. Apa yang perlu anda buat? Apakah hukum meluruskan dan merapatkan saf ketika solat berjemaah? Apakah manfaat merapatk...